Online Event
Event will be conducted in Malay/English
Fees
$30 (30 mins)
Synopsis
PROGRAM TALAQQI MUSYAFAHAH (UNTUK MUSLIMAH)
PENGAMBILAN IJAZAH & SANAD AL-QUR’AN BERSAMBUNG KEPADA RASULULLAH ﷺ
Dari sudut bahasa, kalimah “Talaqqi” bermaksud pertemuan manakala “Musyafahah” adalah daripada mulut ke mulut.
Secara istilah, Talaqqi Musyafahah bermaksud mempelajari Al-Quran melalui pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka di mana murid mengambil bacaan Al-Qur’an dari gurunya dengan melihat kepada pergerakan bibir guru dan mengikut bacaannya dan guru mendengar bacaan muridnya dan membetulkan kesalahan-kesalahan mereka.
Dengan kata lain, istilah yang digunakan pada masa kini iaitu mempelajari Al-Qur’an secara face to face bersama seorang guru yang mahir.
Talaqqi Musyafahah merupakan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Qur’an yang bersesuaian dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ ketika mengambil bacaan Al-Qur’an daripada malaikat Jibril a.s.
Details
SYARAT KEMASUKAN
• Peserta boleh membaca Qur’an dengan lancar, bertajwid dan lulus ujian saringan.
• Peserta boleh memilih untuk membaca Ifrad ataupun Jama’ Qira'at/Riwayat pilihan bersesuaian dengan kemampuan peserta dan juga penilaian guru.
PEMBIMBING
• Ustazah Sulizah Salleh (ARS-Certified), pemegang Ijazah & Sanad Al-Qur’an 10 Qira’at Sughro
YURAN
• $30 (30 mins)
• $50 (pendaftaran dan juga termasuk kos sijil)
SIJIL KHATAM & IJAZAH AL-QUR’AN
• Setiap peserta yang menghabiskan bacaan 30 Juz’ akan menerima sijil khatam Al-Qur’an.
• Ijazah dan Sanad Al-Qur’an beserta Syajarah akan dianugerahkan hanya kepada peserta yang memenuhi syarat.
DAFTAR
• Sila isikan borang pendaftaran dengan menekan link ini > DAFTAR SINI
Sila hubungi 94554824 untuk pertanyaan lanjut.